Prestasi SSB 1999...Najib Dapat Statik  

Tok menteri kita yang kununnya akan menghantar guru-guru yang menyokong BA ke pulau sebagai sasaran kerja tahunannya mendapat pergerakan statik.  Ini berdasarkan laporan penilai pertama iaitu pengundi-pengundi kawasan beliau yang secara terang memberi markah 24.1%.  Kita sama-sama tunggu laporan penilai kedua iaitu P***M** pada minggu hadapan. Ketika memberi ulasan di akhbar, Najib menyalahkan ketua-ketua kelas kerana gagal melaporkan sentimen murid-murid yang sebenar kepada beliau. He forgets the cardinal rule of leadership: If anything goes wrong, it is YOUR Fault. Mungkin Mahathir kurang jelas tentang prestasi kerja Najib jadi saya senaraikan pencapaian cemerlang beliau sebagai guru kelas:  

1. Perlantikan ketua darjah iaitu Shukor dan Matnor Daim cara tak pernah dibuat dek orang dalam dunia ini.  

2. Pinjaman IPT kepada murid-murid...kesian makbapak bila anak tak layak.   

3. Sekolah satu sesi telah dijalankan di seluruh negara.  

4. Sekolah bestari....lama tak dengar cerita  

5. Komputer di setiap sekolah....poodah, itu pun harap PIBG anjur walkathon  

6. Tiada pelajar bijak yang tercicir akibat penswastaan IPT.....yang minta derma dalam Harakah tu siapa? 

7.  Soalan periksa bocor    

8.  Kesilapan soalan dalam PMR dan Sejarah.  Tak kesian ke kat pelajar yang menghabiskan masa memikirkan soalan yang salah? Tentu mereka kesuntukan masa untuk menjawab soalan-soalan.  Walau bagaimana pun, kita tunggu minggu depan untuk laporan penilai kedua dan kalau pun Najib masih di dalam Kabinet bagi la dia post lain....... jawatan Ibrahim Ali dah kosong.

oleh: Boxer. 2 Dis. 99