LAGI... NASIB PEMIMPIN UMNO


KUALA LUMPUR, 15 Dis "Saya telah membuat keputusan untuk berehat hingga lepas Aidilfitri...untuk tenangkan fikiran," kata bekas Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Pembangunan Usahawan itu kepada pemberita yang mengerumuni beliau selepas majlis penyerahan tugas kepada Datuk Nazri Aziz yang dilantik Menteri Pembangunan Usahawan yang baru.

Katanya, beliau kini sedang menulis buku bertajuk "Umno dan orang Melayu" yang dijangka siap dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi.

Ketika ditanya adakah buku itu menyentuh mengenai orang Melayu Kelantan khususnya, beliau berkata, "Tidak...(orang Melayu) keseluruhannya".

Mustapa gagal mempertahankan kerusi Parlimen Jeli pada pilihan raya umum lepas yang dimenangi oleh calon muka baru PAS Apandi Mohamed dengan kemenangan majoriti 693 undi.

Mustapa, yang berasal dari Bachok, kira-kira 140km dari Jeli, mendapat 14,830 undi.

Ditanya lagi rancangan seterusnya selepas menulis buku, beliau berkata, "Saya ada tenaga lagi... perlu sara keluarga. Saya rasa saya masih produktif dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara."

"Saya akan lihat apa-apa yang ada tetapi saya belum buat keputusan," katanya.

Menjawab soalan pemberita, beliau berkata beliau belum menerima sebarang tawaran kerja daripada mana-mana pihak.

"Saya dah pikul amanah yang dipertanggungjawabkan sebaik mungkin. Terpulanglah kepada Mahathir untuk menilainya," katanya.

Ketika ditanya mengenai peranannya dalam politik, beliau berkata selaku anggota Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Jeli, beliau akan meneruskan tugasnya untuk parti khususnya untuk menawan kembali hati rakyat.

Yang turut hadir di majlis itu ialah bekas timbalan menteri Datuk Idris Jusoh. Nazri, Mustapa dan Idris kemudian menemui kakitangan kementerian di bangunan lama pejabat Mara.

ITULAH NASIB PEMIMPIN UMNO YANG TERSINGKIR......