MEGAT JUNID TINGGALKAN KEMENTERIAN DAN AKAN TERPECIL.....

KUALA LUMPUR, 14 Dis - Selepas berkhidmat lebih dua tahun di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna, Datuk Seri Megat Junid Megat hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada bekas kakitangannya dengan pesanan supaya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pengganti beliau Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjalankan tugasnya dan janganlah mengampu sangat nanti jadi macam saya...

Beliau yang kelihatan sedih dan tidak bersemangat berkata ada menerima beberapa tawaran untuk mencebur diri dalam perniagaan tetapi enggan menyebut mengenai rancagan masa depannya.

Megat Junid, Muhyiddin dan Subramaniam kemudian masuk ke sebuah bilik untuk memberi taklimat, nasihat serta cadangan kepada penggantinya mengenai tugasnya yang belum selesai.

Pada pilihan raya umum lepas, Megat Junid kalah kepada calon Pas, Mat Basir Rahmat untuk kerusi parlimen Parit.

Itulah nasib ahli UMNO yang tersungkur......