Lebih 20,000 ikuti kuliah MB Terengganu


MARANG: Kira-kira 20,000 orang dari dalam dan luar Terengganu membanjiri Masjid Rusila Jumaat lalu bagi mengikuti kuliah pertama Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu.

Beliau juga menyampaikan ucapan selama 16 minit selepas kuliah bermula jam 10.18 pagi di atas kejayaan PAS mengambil alih teraju pemerintahan kerajaan negeri berikutan memenangi 28 daripada 32 kerusi Dun dalam pilihan raya umum ke-10.

Orang ramai mula membanjiri perkarangan masjid itu sejak tengah malam terutama mereka yang datang dari luar Terengganu.

Kesesakan lalu lintas di kawasan itu berlaku sejak awal pagi sehingga selepas solat Jumaat sepanjang kira-kira dua hingga tiga kilometer di kedua-dua hala. (Simpang Chedering lagi).

Pada awalnya kesesakkan hampir 3 kilometer memakam masa 1½ jam. Saya sendiri ketika memandu daripada simpang Chendering memakan masa 50 minit, jam pada ketika itu 12.45 tengahari.

Suasana tersebut turut dikawal oleh anggota polis trafik bagi melicinkan perjalanan kenderaan yang bergerak perlahan.

Sementara itu, orang ramai berpusu-pusu ke rumah Tuan Guru Abdul Hadi selepas kuliah dan solat Jumaat untuk mengucapkan tahniah kepadanya yang dipilih sebagai Menteri Besar dan kejayaan PAS menawan negeri ini dalam pilihan raya umum baru-baru ini.