Make your own free website on Tripod.com
 

KEMENTERIAN PENDIDIKAN YANG TERSURAT DAN TERSIRAT

        MENTERI Tan Sri Profesor Musa Mohamad
        TIMBALAN MENTERI Dato' Abdul Aziz Shamsuddin
        SETIAUSAHA PARLIMEN  Dato' Profesor  Mahadhir Mohd Khir

Pengenalan

Telah menjadi perbualan umum, salah satu sektor utama pendokong dan 
penyokong serta penggerak GERAKAN REFORMASI dan BARISAN ALTERNATIF
adalah terdiri dari golongan PENDIDIK. Samada di peringkat Sekolah Rendah , 
Menengah mahupun di peringkat Institusi Pengajian Tinggi.       Golongan 
Pensyarah,  Mahasiswa, Guru dan Pelajar adalah watak - watak penting ,
yang menjadi tenaga utama dalam pilihanraya ke - 10 yang baru lalu. Cara
mana kumpulan ini bergerak, mengatur strategi, perang saraf, berkomunikasi ,
bermesyuarat, membuat pelan tindakan dan bertindak banyak bergantung
kepada kebijaksanaan dan kepakaran  masing - masing.

Realitinya, tidak ada satu badan yang khusus yang mengorganisasikan
sektor ini. Ini yang membenggangkan Mahathir dan kuncu - kuncunya kerana sukar
untuk bertindak . Syabas kepada para pensyarah, pegawai dan kakitangan 
Universiti, mahasiswa,  pendidik dan pelajar sekalian. Tugas dan 
tanggungjawab yang telah dilakukan amat berjaya dan berkesan sekali.

Post Mortem pilihanraya ke - 10 masih dijalankan oleh semua pihak,
samada Barisan Nasional mahupun Barisan Alternatif, bagi mencari punca kepada 
kekalahan ataupun kemenangan. Hasilnya satu pelan tindakan, yang samada
konkrit atau tidak , akan dikemukakan untuk tindakan selanjutnya , bagi
menghadapi pilihanraya ke - 11 , pada tahun 2004 yang tidak berapa lama
lagi.

Mahathir berjaya mengesan salah satu segmen terpenting yang telah
berjaya melemahkan BN, khusunya UMNO, iaitu, sebaik saja pilihanraya selesai,
malah sebelum pilihanraya diadakan lagi, ialah cabang PENDIDIKAN.

Tumpuan utama dan khusus mesti diberikan segera. Ini kerana komponen 
PENDIDIKAN mengandungi kumpulan pengkaji, perancang, pakar perang
saraf, pemikir, penggempur dan strategis yang terdiri daripada para pensyarah
guru , mahasiswa dan pelajar. Ia  juga mengandungi kumpulan pengundi yang 
terbesar, iaitu, belia dan remaja samada di Institusi pengajian tinggi
atau pun pelajar di sekolah menengah yang berada di tingkatan 4 dan 5 [ yang
bakal menjadi pengundi - pengundi baru, pada pilihanraya ke - 11 nanti]

Dalam keadaan sekarang ini, dimana UMNO telah kehilangan sejumlah besar
ahlinya, dianggarkan oleh setengah - tengah pihak sehingga 2/3 [ 2 per 3 ] daripadanya dari jumlah  " 2.78 juta "orang [ seperti yang didakwa oleh Setiausaha Agungnya yang baru Tan Sri Khalil Yaakub ]  telah
MENINGGALKAN UMNO.  Daripada 2/3 yang keluar itu, daripadanya telah menyeberangi
PAS manakala lagi telah mengisi borang KeADILan. Jadi kekuatan sebenar
UMNO tinggal 1/3 daripada " 2.78 juta " itu.

Angka " 2.78 juta " itu pun sebenarnya angka yang telah dimanipulasi,
iaitu termasuk di dalamnya, ahli yang telah meninggal dunia, ahli di bawah
umur yang didaftarkan oleh ibubapa yang menjadi ahli UMNO, ahli yang telah
keluar parti tetapi masih dalam senarai ahli parti, contohnya, Sdr. YB En.
Mohd Azmin Ali, ADUN Hulu Kelang dan lain - lain lagi.

UMNO perlu dan MESTI menggantikan ahlinya yang telah keluar parti dan 
yang masih ada dalam parti [ yang menjadi  mata dan telinga kepada BARISAN 
ALTERNATIF ] sebelum tahun 2004.

Untuk itu, bekalan tambahan ahli UMNO  hanya dapat diperolehi daripada 
sumber pasaran baru , iaitu , pelajar - pelajar di peringkat sekolah 
Menengah hatta peringkat sekolah rendah.  Golongan lepas sekolah, 18
tahun ke atas dan remaja serta dewasa sudah memasuki kem BARISAN ALTERNATIF.
Yang masih kekal bersama UMNO ialah golongan tua dan veteran, yang berusia
50 tahun ke atas, dan sebahagian besarnya terdiri dari golongan pencen 55
tahun ke atas. Diusia begini umur sudah tak panjang lagi. Sekali atau dua
kali pilihanraya lagi, mereka ini akan " pergi " , siapa lagi yang akan
menjadi ahli UMNO dan menyokong perjuangannya.

Tidak mungkin UMNO akan membuka keahliannya kepada kaum cina dan india 
ataupun pendatang asing Bangladesh, Thailand,  Filipina, atau Burma. 
Walaupun diketahui umum, mengikut maklumat yang disalurkan oleh
Pemantau, BUDI, atau dalam Internet, pengundi - pengundi hantu yang telah
"MEMENANGKAN " UMNO dan BN adalah terdiri dari orang - orang BANGLADESH, THAILAND, FILIPINA DAN BURMA selain dari sokongan orang - orang CINA dan INDIA.

Kemungkinan juga, untuk menglobalisasikan UMNO , bagi mengganti orang -
orang Melayu yang telah keluar daripadanya, UMNO perlu dibuka kepada
semua bangsa di dunia. Dengan itu, cawangan - cawangan UMNO di luar negeri
dapat dibuka di seluruh dunia dan tidak terhad kepada Kelab - kelab UMNO di 
Britain, USA, Australia, Kaherah dll sahaja .

Ini telah dilakukan di Sabah, di mana semua kaum Bumiputra  berhak dan
layak menjadi ahli UMNO, samada dari kaum Dusun Kadazan, Bajau. Murut,
Melanau, Iban dll .  Parti UMNO "United Malay National Organisation " sudah
dibuka oleh Mahathir untuk lain - lain kaum Bumiputra dan tidak terhad kepada
orang - orang Melayu sahaja.  Mungkin cadangan di atas tidak pelik untuk
dibuat oleh Mahathir, kerana, dengan semangat  "MALAYSIA BOLEH "  sudah tidak
ada yang tidak boleh didunia ini. Semuanya boleh.

Hanya dengan itu, UMNO akan terus hidup di atas muka bumi ini.
Jadi untuk menghadapi KEPUPUSAN ahli - ahlinya, cadangan yang dirasakan
relevan adalah dengan  menurunkan syarat umur untuk menjadi ahli kepada
16 tahun [ tingkatan 4 ]  akan dibuat semula dalam Perhimpunan Agung UMNO
yang akan diadakan dalam bulan April 2000 nanti. Cadangan itu telah dibuat
oleh Naib Presiden UMNO " 241 " Dato' Seri Najib Tun Razak tidak berapa lama
dulu.

Selaras dengan itu, tengoklah kalau tak percaya, had umur mengundi juga
akan diturunkan kepada 16, 17 atau 18 tahun [ selaras dengan tuntutan
BARISAN ALTERNATIF ].

Perubahan yang dilakukan oleh Mahathir, menunjukkan beliau merupakan
seorang ahli politik yang cekap, licik dan masih bergeliga serta cepat
bertindak.

Belum pernah berlaku dalam sejarah, seorang yang tidak mempunyai
pengaruh,  bukan tokoh politik apatah lagi bukan ahli parlimen dilantik menjawat 
jawatan kanan dalam kabinet , sebagai MENTERI PENDIDIKAN. Pada zaman 
Mahathir semuanya boleh. Demi KUASA, PANGKAT, HARTA dan KEDUDUKAN,
semuanya boleh. MALAYSIA BOLEH. Politik menghalalkan cara.

Berbalik kepada perlantikan Tan Sri Musa Mohamad, Dato' Aziz Shamsuddin
dan Dato' Profesor Mahadhir Mohd Khir, kita perlu melihat dri dua sudut 
iaitu Positif dan Negatifnya.

Bilamana kita melihat dari sudut yang baik, atau positif, saya sendiri 
mengalu - alukan perlantikan Tan Sri Prof. Musa Mohamad sebagai Menteri
Pendidikan. Ianya sebenarnya sudah terlambat. Sepatutnya dari dahulu
lagi, sebaik saja Malaysia  mencapai merdeka pada tahun 1957, usaha mengisi 
kemerdekaan dan membangunkan negara dipikul oleh orang yang ahli dalam 
bidangnya dan berkelayakan serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran.
Ianya bukan saja terhad di bidang pendiidkan. Seharusnya merangkumi semua
bidang, samada agama, pertanian, perumahan, ekonomi, kewangan, pertahanan,
belia, sukan, kebudayaan, masyarakat, sains, teknologi, alam sekitar, tenaga, 
telekomunikasi dan lain - lain.

Apa yang diamalkan selama ini, kebanyakan menteri menyandang jawatan
yang tidak berkaitan dengan kemahiran dan kepakarannya. Hakikatnya, kita
belum MERDEKA dalam erti kata yang sebenarnya. Semua menteri menjadi tukang
angguk dan "yes man " kepada penjajah baru, iaitu MAHATHIR dengan fahaman 
MAHATHIRISMEnya.

Telah menjadi adat manusia, prejudis orang tidak dapat dihalang. Jika 
dilihat dari sudut negatif, ternampak, ini adalah diantara usaha
terdesak Mahathir untuk menyelamatkan takhtanya dan mempastikan jawatan PERDANA 
MENTERI dapat dipegang hingga ke akhir hayat.

Ini adalah sangat sesuai dengan kenyataan akhbar oleh beliau, kononnya,
ini adalah penggal terakhir beliau berkhidmat untuk rakyat sebagai peneraju
negara PERDANA MENTERI. Dengan penuh rasa tak malu,  beliau menyatakan, 
walaupun rakyat Malaysia mahukan belliau memegang jawatan itu hingga ke
akhir hayat, beliau bertegas ini adalah penggal terakhir sebagai PM.
Inilah manusia MUNAFIK terbesar abad moden ini.

Oleh itu, bila dipandang dari sudut negatif, pemain - pemain utama di 
Kementerian Pendidikan,  iaitu Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha
Parlimen merupakan perancang utama dan khadam Mahathir bagi menghadapi
dan menangani GERAKAN REFORMASI dan BARISAN ALTERNATIF yang melibatkan
sektor PENDIDIKAN.

Ketiga - tiga Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha parlimen
merupakan tenaga pakar dalam bidang masing - masing, yang akan berhadapan dengan
para pensyarah dan kakitangan Universiti, mahasiswa, Pendidik dan Pelajar 
sekolah.

Tujuan utama atau misi ini bermatlamat untuk ;-
- Mengesahkan tahap sebenar penglibatan pensyarah, guru dan Mahasiswa
dalam BA dan Reformasi
- Mengekang dan mengawal serta menghadkan GERAKAN REFORMASI dan  BA
- Mengembalikan kesemua pensyarah, guru dan pelajar menyokong UMNO.
- Memulihkan Kementerian Pendidikan " 241 " akibat dicemari oleh Dato'Najib 

  Ini telah ditunjukkan dengan penolakan secara menyeluruh orang -
orang Melayu di Parlimen Pekan. Akibat dari kegagalannya mengawal para
pendidik, pensyarah dan mahasiswa serta pelajar.
- Mengimbangi tindakan dan langkah BARISAN ALTERNATIF yang telah
menjemput Prof. Jomo.K.Sundram membentangkan belanjawannya, yang merupakan
seorang tokoh ekonomi dan ahli akademik yang berwibawa , yang juga seorang yang
bukan ahli politik. Maruah UMNO dan BN harus dipulihkan segera, supaya 
dilihat kembali sebagai penuh komitted dan berjaya.
 

Mengikut pengamatan yang saya lakukan, dengan perlantikan itu , pecahan
tugas dibuat mengikut kemahiran, kepakaran, dan pengalaman serta
objektif  tertentu Prof. Tan Sri Musa Mohamad . Beliau berpengalaman luas di 
Universiti. Pernah menjawat tugas sebagai Dekan Pusat Pengajian
Farmasi, USM, Timbalan Naib Cancelor dan Canselor USM. Berpengalaman luas
mengendali dan mengawal selia pensyarah, pegawai dan kakitangan Universiti. Beliau
akan ditugaskan menekan dan mengawal pensyarah, pegawai dan kakitangan 
universiti. Golongan pensyarah merupakan "think tank " atau pemikir dan
perancang utama dalam gerakan reformasi. Kampus - kampus universiti
tempatan IPTA atau IPTS merupakan "stimulator" , "activator ", "catalytor " - 
pemangkin kepada GERAKAN REFORMASI, mendokong perjuangan Dato Seri'
Anwar Ibrahim selaras dengan KEBANGKITAN ASIA.

Gerakan senyap dan " smart "  di kalangan pensyarah universiti memberi
kesan yang mendalam, menggempur kubu - kubu UMNO di seluruh negara.
Dato' Abdul Aziz Shamsuddin. Beliau merupakan penasihat utama PM.
Setiausaha Politik PM. Seorang Senator yang dilantik dan memegang jawatan
Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan pada bulan Novemebr 1999, khusus bagi 
menghadapi pilihanraya ke -10 yang baru lalu. Beliau dikira berjaya 
menjalankan tugasnya dengan perancangan yang licik bagi mengekalkan
majoriti 2/3 BN. Beliau juga merupakan pendokong utama dalam gerakan
menghapuskan Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada UMNO dan Kabinet. Kemahiran,
keupayaan, kepakaran dan pengalaman beliau dalam sesuatu OPERASI KHAS amat  
mengkagumkan Mahathir. Lantas dengan itu, belaiu telah diberikan
kepercayaan untuk melancarkan satu lagi OPERASI KHAS , iaitu, mengawal dan
mengekang GERAKAN REFORMASI dan BARISAN ALTERNATIF di kalangan penjawat -
penjawat sektor PENDIDIKAN.  Untuk jawatan ini, beliau ditugaskan khusus untuk 
menjaga Pendidik, iaitu guru - guru di sekolah menengah dan rendah
serta para pelajarnya ,di seluruh negara.

Laporan mengenai kegiatan guru dan pelajar sekolah di seluruh negara
akan dikemaskini tiap - tiap hari. Polis cawangan khas, yang menyamar
sebagai guru, pekerja makmal , juru jual malah sebahagian daripada guru - guru
akan dilatih khas untuk menyerap maklumat,  akan berkeliaran di semua
sekolah.

Taklimat harian akan diberikan oleh Aziz , selaku Setiausaha Politik
kepada Mahathir. Ini akan memudahkan Mahathir merancang tindakbalas dengan
serta merta yang akan memberikan kesan yang maksima.
        
Profesor Dato' Mahadhir Mohd Khir. Bekas pensyarah di Jabatan Sejarah,
fakulti Sastera, Universiti Malaysia. Seorang ahli akademik terkemuka
dalam bidangnya, pengkaji  dan pengkritik politik . Beliau juga adalah
seorang yang mengkagumi Mahathir dan UMNO. Berdasarkan pengalaman luas beliau
di Universiti Malaysia, kemahiran dan pengalaman untuk menghadapi golongan

MAHASISWA telah memikat Mahathir untuk meletak beliau bertanding di
Parlimen Sungai Petani . Ini bagi membolehkan beliau dilantik bagi menganggotai 
kabinet Mahathir  dan dalam operasi tertentu. Dalam hal ini tugas utama
beliau ialah mengurus, mentadbir dan menakluki MAHASISWA di semua
universiti awam dan swasta.

Mahasiswa merupakan salah satu penggerak utama dalam gerak kerja dan
perang saraf  BARISAN ALTERNATIF. Tenaga sukarela Mahasiswa dari semua
universiti telah bebas , bersepadu, dan maju dalam menggempur semua kubu  kubu
UMNO di seluruh negara. Ini adalah antara kejayaan terbesar Barisan Alternatif.

Golongan mahasiswa, adalah berkecuali, tidak berparti, boleh diterima
oleh masyarakat umum, khusunya orang - orang UMNO dan pengundi atas pagar . 
Kejayaan mereka memikat hati orang - orang UMNO dan atas pagar,
menyaksikan, BARISAN ALTERNATIF berjaya menambahkan bilangan kerusi di Parlimen dan
DUN, menambahkan majoriti BA serta seterusnya mengurangkan majoriti UMNO ke
tahap yang cukup minimum dan menyesakkan. Akhirnya timbullah apa yang
dipanggil fenomena  UMNO TELAH DITOLAK OLEH ORANG MELAYU

Kuasa beli yang ada pada para mahasiswa cukup berkesan untuk
menundukkan ibu bapa , adik beradik, jiran , kawan - kawan dan masyarakat setempat.
Kaedah dan cara yang dilakukan oleh mahasiswa amat menakjubkan.  Bahan kempen
dan tajuk hujahan yang dikupas sangat memikat. Idea  idea yang dilontarkan
mudah difahami oleh sasaran, iaitu pengundi "atas pagar " mahupun orang -
orang UMNO itu sendiri

Sehubungan dengan itu, mengikut penelitian saya , semua pihak yang
terbabit, seperti yang disenaraikan, iaitu pensyarah, pendidik , mahasiswa dan
pelajar perlu ada dan mesti mengatur langkah mengadakan PELAN BERTINDAK  atau 
"CONTINGENCY PLAN " bagi menghadapi strategi Mahathir ini.

Ianya mesti ditangani secara berkumpulan [  jamaah ] , bersistematik, 
berperancangan dan tekad serta semangat yang jitu, padu, BEBAS, SEPADU 
dan MAJU.  Bukan apa, ini kerana, kemenangan dan kejayaan yang cemerlang
yang kita semua hajati. Usaha untuk meroboh PROGRAM JAHAT Mahathir yang
penuh sistematik, mesti dihadapi dengan perancangan dan tindakan yang lebih
baik dan bersistematik juga.

Tulisan ini dimajukan bukan bermaksud tuan- tuan dan puan -puan tidak
sedar, tidak tahu atau tidak dapat membaca  situasi yang ada, cuma untuk
berkongsi rasa dan pendapat serta pandangan. Ingat dan mengingati amat mustahak
dalam gerakan ini.

Sebenarnya, saya tidak ingin memberikan apa - apa cadangan atau langkah
- langkah yang perlu dibuat. Itu terpulang kepada kebijaksanaan, kepakaran dan 
ilmu yang ada.

Lagipun saya sangat berminat kiranya artikel mengenai PERANCANGAN
Mahathir ini dibuka untuk perbincangan, kritikan, komen dan pendapat umum.
Kemukakan kritikan, hujahan, komen dan pendapat  tuan -  tuan dan puan - puan 
demi untuk kebaikan bersama. Ini sangat penting  sebagai persediaan
menghadapi  pilihanraya ke - 11 nanti. Alangkah moleknya,  kalau kita dapat
mengatur strategi supaya berada selangkah di hadapan musuh. Kita hidu dan cium
dahulu perancangan mereka. Dengan itu, kita dapat membuat persediaan yang
cukup sebelum tutun ke gelanggang.

Cuma satu pandangan ikhlas dari saya, apapun, dalam membuat perancangan
dan bertindak, kita perlu " SMART."

Teruskan perjuangan. Semoga kita akan terus berjaya.
 

AHLI  UMNO YANG KEKAL SOKONG PAS