Berita DPPKD : Konsert Tidak Dibenarkan
Konsert Tidak Dibenarkan

Exco Belia, Sukan, Kebudayaan dan Perlancongan - Ust Wan Hassan

Kuala Terengganu : Semua program perlancongan yang dirancangankan untuk tahun depan termasuk Tahun Warisan Dan Budaya Terengganu akan diteruskan selagi program itu tidak bercanggah dengan Islam.


Ust Wan Hassan Kibar Bendera melepaskan peserta cabaran Hutan Hujan 99 di Shahbandar.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan perlancongan negeri, Ustaz wan Hassan Mohd Ramli (Adun Sura) berkata, semua program terdahulu akan diteruskan bagi menarik perlancong dalam dan luar negara berkunjung ke negeri ini.

Katanya pihaknya akan bermesyuarat sedikit masa lagi untuk meneliti dan merancang program yang dilaksanakan.

"adalah menjadi dasar kerajaan negeri bagi memastikan semua program yang dilaksanakan tidakbercanggah dengan ajaran Islam" katanya ketika ditemui selepas menyambut kedatangan 250 perserta daripada 23 negara kenderaan pacuan 4 roda yang menyertai cabaran Hutan Hujan 99 di taman Shahbandar di sini.