GPMS KUASAI KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Dr. Mahathir telah mengarahkan tokoh Konspirator Negara, Senator Dato’ Aziz Shamsuddin untuk menggerakkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) untuk mengawal seluruh IPTA dan sekolah-sekolah seluruh Malaysia melalui peranannya dalam Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebelum pilihanraya lalu, Aziz sememangnya amat berminat dengan Kementerian Pendidikan kerana beliau giat  sekali  mengadakan sesi ‘brain-wash’ dan ‘turning over’ kepada pengetua-pengetua, guru-guru sekolah serta pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan di seluruh negara.

Hasilnya, dengan kerjasama Pak Lah yang merupakan orang kuat GPMS, Kementerian Pendidikan kini dikuasai sepenuhnya oleh tokoh-tokoh pergerakan nasionalis ini. Aziz Shamsudin selaku Timbalan Menteri Pendidikan dan Dato’ Mahadzir Khir (Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan) yang juga merupakan orang-orang kuat  GPMS kini bergabung tenaga dengan orangnya yang sedia ada di Kementerian iaitu Ketua Pengarahnya sendiri, Dato’ Dr. Shukor untuk merancang strategi politik untuk menguasai seluruh institusi pendidikan awam negara yang ketika ini dilihat sebagai tidak memihak kepada Mahathir dan rejimnya.

Senator Tan Sri Musa Mohamad sebagai Menteri Pendidikan akan dijadikan tidak lebih sebagai ‘camouflage’ atau topeng untuk menutup kegiatan licik mereka di Kementerian Pendidikan. Musa sudah tentu tidak berani membuat apa-apa keputusan besar secara persendirian tanpa mendapat lampu hijau dari Aziz yang diibaratkan isi dengan kuku dengan Dr. Mahathir. Mahathir berharap dengan Musa sebagai Menteri dari kalangan orang ‘profesional’ dan bukan orang politik, sebarang kepincangan dan kontroversi dalam amalan dan keputusan Kementerian, UMNO kelak tidak akan dipersalahkan. Sebarang tindakan Kementerian untuk merombak pengurusan institusi pendidikan negara tidak akan ditafsirkan sebagai bermotifkan politik tetapi semata-mata demi ‘memperkemaskan jentera pentadbiran institusi pendidikan negara dalam menghadapi alaf baru yang penuh cabaran’ kerana Menterinya orang professional. Sebagai dalang, Aziz dan orang-orangnya sentiasa selamat dan terlindung dari segala cemuhan dan kontroversi. Musa juga akan dipersalahkan jika berlaku sebarang kepincangan dalam pentadbiran Kementerian Pendidikan.  Musa telah merelakan dirinya menjadi 'scapegoat' Mahathir.

Musa dilantik atas kerelaan Mahathir untuk memberi peluang kepada Pak Lah untuk mengukuhkan kedudukannya dalam Kerajaan dan UMNO dan seterusnya mengambilalih mahkota firaun dari Mahathir.  Musa telah dicadangkan oleh Pak Lah. Kebetulannya pula Musa dikatakan turut mempunyai kepentingan perniagaan dengan Mokhzani, anak Mahathir. Oleh itu, Mahathir tidak sangat meragui kesetiaan Musa.

Walau bagaimana pun, Mahathir akan pastikan Aziz akan berperanan untuk monitor dan mengawasi tindak-tanduk Musa di Kementerian. Tetapi, sejauh manakah pula prestasi dan kelicikan Aziz dalam mendalangi agenda  konspirasi barunya di Kementerian Pendidikan selepas ditakdirkan Allah menemui kemalangan yang meragut nyawa isterinya yang tersayang, tidaklah pula dapat kita ketahui. Sama-samalah kita tunggu. 

WAK REFORMASI
wak_reformasi@hotmail.com