SENARAI EXCO TERENGGANU BARU

KUALA TERENGGANU:Menteri Besar Terengganu mengumumkan senarai exco kerajaannya di samping menubuhkan jawatan baru iaitu Exco Hal Ehwal Wanita dan bukan Islam serta Exco Hisbah dan Jawatankuasa Tugas-tugas khas.

Hadi juga membuat beberapa perubahan dalam bidang tugas exco yang lama dengan Exco Pendidikan sekarang merangkumi juga dakwah dan perlaksanaan Syariah.

Berikut adalah senarai penuh exco terengganu:

1. Menteri Besar Haji Abdul Hadi Awang (Tanah, perlombongan, Perhutanan; Kewangan dan Pelaburan)

2. Haji Mustafa Ali (Pembangunan ekonomi, petroleum dan industri)

3. Haji Harun Taib (Pendidikan, Dakwah dan perlaksanaan Syariah)

4. Haji Wan Abdul Mutalib Embong (Kerajaan tempatan, perumahan dan alam sekitar)

5. Haji Abu Bakar Chik (Pertanian, perikanan dan sumber manusia)

6. Tun Haji Mohd Salleh Abas (Hisbah dan tugas-tugas khas)

7. Haji Mohd Abdul Wahid Endut (Pembangunan Usahawan, peniaga kecil dan Hal ehwal Pengguna)

8. Yahaya Ali (Pembangunan infrastruktur, kemudahan awam dan komunikasi)

9. Haji Abu Bakar Abdullah (Kebajikan sosial dan kesihatan)

10. Haji Awang Jusoh (Hal Ehwal Wanita dan Bukan Islam)

11. Wan Hassan Mohd Ramli (Belia, sukan, kebudayaan dan pelancongan)