Cadangan kepada PAS

16 hb Dec. 99
Assalamualaikum,

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi2 tahniah kepada PAS kerana kejayaan yang cemerlang dalam Pilihan Raya baru2 ini. Perjuangan PAS mula diterima oleh segulungan rakyat. Namun masih ramai lagi yang masih jahil tentang erti sebenar pemerintahan dan carahidup islam bukan sahaja dikalangan orang bukan islam, malah dikalangan orang islam sendiri.

Jangan terlalu selesa dengan kemenangan sekarang, perjuangan PAS masih jauh dari mencapai objetif. Oleh itu perancangan strategi dan program yang teliti serta teratur perlu dimulakan sekarang. Saya lihat masih banyak ruang2 yang boleh diperbaikki untuk mendapatkan kepercayaan rakyat terutama dinegeri2 Johor, NS danMelaka.

Segala program dan aktiviti2 PAS perlu berasaskan pembangunan masyarakat setempat. Saya ingin mengukakan bebrapa cadangan untuk dipertimbankan sebagai strategi :

1. Kenalpasti bakal2 calon Pilihan Raya tahun 2005 mulai sekarang. Mereka perlu mengenal dan berbakti kepada masyarakat setempat dengan segera. Aktiviti2 kemasyarakatan khususnya dalam bidang pendidekan anak2, membela orang2 miskin dan dhaif dari segi kesihatan , pemakanan , pakaian dan perumahan.Projek2 gotong royong untuk membina jambatan, jalanraya, rumah dll.

2. Tubuhkan Markas PAS disetiap kawasan DUN, lengkapkan dengan segala peralatan canggih saperti komputer dan kemudahan pendidekan dan latihan. Mulakan aktiviti2 kemasyarakatan disini.

3. Gembelingkan semua tenaga pakar dari kalangan ahli2 PAS untuk membantu dan menyokong semua program PAS yang berpusat diMarkas tersebut.

4. Kumpulkan dana/kewangan dari pelbagai sumber untuk setiap Markas untuk membiayai program dan aktiviti2 Markas.

5. Kukuhkan setiap Jawatankuasa Bahagian agar dapat diterajui oleh orang2 yang berwibawa serta komited kepada perjuangan PAS.

6. Kukuhkan kerjasama dikalangan parti2 dalam Barisan Alternatif diperingkat tempatan (Kawasan DUN).

Saya harap cadangan2 tersebut mendapat sedikit perhatian dari pihak PAS.

Sekian, Terima kasih.

Yang Benar,

Dato Dr Hamid Arshat.