BOIKOT UTUSAN & BERITA HARIAN (SIRI 1)

PENDAHULUAN:

1. Program ini adalah untuk melumpuhkan terus ekonomi
kedua-dua ini sebagai pengajaran kepada mereka.
2. Boikot kedua-dua akhbar berbahasa Melayu  ini perlu
berterusan walaupun selepas pilihanraya.
3. Kepada seluruh rakyat Malaysia terutama yang
beragama Islam semoga menyambut seruan 'jihad' ini
untuk menghukum media fitnah berpengaruh ini.
4. Saya percaya, sekiranya program ini berjaya
dilakukan dalam tempoh 6 bulan sahaja, akan
menyebabkan ekonomi akhbar ini lumpuh, sehingga gulung
tikar.


FITNAH UTUSAN & BERITA HARIAN:

Tidak berlaku adil terhadap parti-parti politik
terutama BA.. menjadi bahan kempen BN sepanjang
pilihanraya 1999..menayangkan gambar keganasan
bertujuan menakutkan pengundi..memutarbelitkan
kenyataan Dato' Nik Aziz mengenai orang Cina boleh
jadi PM..memutarbelitkan kenyataan pemimpin PAS
mengenai isu mencarut..menayangkan gambar Dato' Seri
Anwar Ibrahim bersama wanita kelab malam..menyiarkan
kenayaan bersumpah Dato' Nalla menyenai perilaku
sumbang Anwar Ibrahim.. menyiarkan kenyataan bersumpah
Dato' Murat mengenai perilaku Anwar Ibrahim dan
pemimpin BA, menyiarkan kenyataan bersumpah Norhayati
mengenai peribadi mulia Rahim Tamby Chik..menghina
Dato' Haron Din mengenai air jampi.. menghina para
guru yang digambarkan sebagai penghasut..menghina para
mahasiswa sebagai golongan yang diperalat..memberi
keutamaan kepada bekas ahli PAS Besut yang telah
dipecat.. menyiarkan kenyataan Ibrahim Ali mengenai
krisis MB Kelantan dan timbalannya.. memuji Dr
Mahadhir dan kroni-kroninya sehingga menyembunyikan
keburukan sebenarnya.. menghina Dato' Shahnon Ahmad
sebagai pengeluar kata-kata lucah.. menghina Dato'
Haron Din kononnya takut untuk melawan Shahidan
Kasim.. memberi layanan istimewa kepada PAS Baru
Mulong kononnya mempunyai sokongan luas..
memutarbelitkan kenyataan Dr. Jomo mengenai keadaan
ekonomi yang sudah pulih.. mengelirukan berita
mengenai pemecatan Ketua Pemuda Keadilan Johor..
menyiarkan berita pelacur menganggotai perhimpunan
aman di istana negara.. menggambarkan kenyataan Marina
Yusof sabagai pengkhianat apabila mengulas 13
Mei..menggambarkan Ezam sebagai pengkhianat dengan
menyimpan dokumen rasuah.. menyifatkan belanjawan 2000
sebagai yang terbaik dalam sejarah.. menyifatkan
perlantikan kabinet baru sebagai yang
terbaik..memperlekehkan pencapaian kemenangan BA di
Terengganu dan negeri lain dalam pilihanraya 1999..
memuji ketelusan SPR tanpa mendedahkan kelemahannya..
menakutkan golongan bukan Islam di Terengganu mengenai
khazraj.. memperlekehkan kemampuan Hj Hadi Awang dan
Nik Aziz sebagai MB.. memberi liputan luas kepada Cik
Ummi Hafilda mengenai salahlaku Azmin
Ali..memutarbelitkan kenyataan S.H.Alattas kononnya
memuji kepimpinan BN..tidak membuat liputan berita
yang adil sepanjang perbicaraan Anwar Ibrahim..
memperlekehkan kemampuan Dr Syed Husin Ali sebagai
pemimpin kerdil.. memutarbelit kenyataan Hishamudin
Husin yang berdalih untuk berdebat dengan Ketua Pemuda
PAS.. memutarbelit kenyataan Lim Kit Siang kononnya
kekalahan DAP disebabkan PAS sahaja.. mengutamakan
kenyataan Shahidan Kasim yang mempertikaikan royalti
minyak yang diperolehi Terengganu.. menyiarkan
kenyataan Samy Vellu dan Ling Liong Sik yang nyata
mengguris perasaan orang Melayu..membantu kemenangan
BN dalam pilihanraya lepas dan terlalu banyak lagi.

LANGKAH KITA:

1.Selepas berakhirnya pilihanraya, tiba masanya kita
menghukum akhbar ini.
2. Diminta kita membeli akhbar ini secara berkumpulan.
Contohnya dalam sesebuah kampung cuma ada satu sahaja
akhbar seperti di markas PAS. Orang kampung yang ingin
membaca, boleh pergi ke sana. Boleh juga pembaca
menyumbangkan duit dalam tabung PAS.
3. Kedai makan atau warung penyokong BA diminta
menyediakan akhbar. Seeloknya menyediakan suatu sudut
membaca akhbar. Biar pengunjung membaca akhbar di situ
dan dapat mengelakkan mereka membeli sendiri akhbar.
4. Kakitangan kerajaan termasuk guru diminta tidak
membeli sendiri akhbar kerana sudah ada akhbar di
pejabat.
5. Pemilik kedai runcit (penyokong BA)diminta jangan
menjual akhbar Utusan dan Berita Harian lagi.
6. Amalkan sikap berkongsi akhbar di mana sahaja
termasuk jiran tetangga, sahabat handai, keluarga dan
sebagainya.
7. Hentikan melanggan akhbar dirumah.

AKIBATNYA:

1. Jika dilakukan berterusan sehingga 6 bulan,
sayarikat akhbar ini pasti akan gulung tikar.
2. Minta akhbar ini berlaku adil kalau mahukan
kejayaan dalam perniagaan. Tiada gunanya mereka tunduk
kepada parti politik sehingga ekonomi mereka tergugat.
3. Biarkan pengusaha akhbar dan wartawan memohon maaf
kepada rakyat Malaysia seluruhnya.

PENUTUP:

1. Sila cetak risalah ini, keluarkan sedikit modal
photostate, dan edarkan ke seluruh pelusuk negara.
2. Jayakan kempen ini dan kita akan lihat kesnnya
selama 6 bulan sahaja.

Dari :

Penganjur Kempen