Make your own free website on Tripod.com

UMNO bukan parti mewakili Melayu!

     Strategi BN dalam pilihanraya ke-10 dengan menakut-nakutkan pengundi Cina terhadap kemenangan BA dan hukum hudud begitu hebat sekali. Siang malam media elekronik memfokuskan tentang huru-hara berlaku bila BA berkuasa.

     Oleh itu dengan mengambil kira pengundi Cina tidak mengundi BA dalam pilihanraya yang lepas, saya membuat analisa tentang sokongan melayu terhadap PAS atau KeADILan bila berlawan dengan calun UMNO.

     Data-data berikut diambil secara rawak. Anda boleh menganalisa tempat-tempat yang lain.
 

Parlimen

Calon

Bil. Pengundi 
Keluar 

Peratus Orang Melayu 

Jumlah Melayu 
yang mengundi 

Jumlah diperolehi 

Peratus Melayu sokong BA 

18 Kulim 

S.Azmi(ADIL)

34 359

65.01

22 337

12 697

56.84

P126Ledang

Jamaluddin(Adil)

39 292

53.85

21 159

12 309

58.17

P124 Jasin 

Mujahid(Pas)

37 407

67.09

25 096

12 956

51.63

P75 Lipis 

Kamaruddin(Pas) 

28 336

53.91

15 276

10 560

69.12

P78Kuantan 

Fauziah (Adil) 

49 633

54.5

27 050

21 136

78.14

P107Ttwangsa

Mohd Nor (Pas) 

35 999

60.40

21 7434

17 111

78.69

P109 L.Pantai 

Zainur (Adil) 

35 961

54.10

19 455

17 272

88.88

P101K.Langat 

Saari (Adil) 

41 736

53.02

22 128

16 858

76.18

P105 W.Maju 

Marina (Adil) 

54 986

54.20

29 802

24 279

81.46

P113 Jelebu

Jaafar(Adil)

26 937

62.15

16 741

9 909

59.19

 

Perlu diingatkan bahawa lawan calun-calun UMNO diantaranya menteri, ketua menteri, tokoh-tokoh ternama. Mereka pula dibantu dengan media seperti TV, akhbar. Tabungan pilihanraya cukup banyak. Sebaliknya pihak BA tanpa media elektronik dan kewangan BA sangat daif sekali.

Contohnya Lawan Mujahid(pertama kali) adalah Ketua Menteri Melaka. Lawan Fauziah adalah menteri penerangan dan setiausaha agung UMNO.

Kelantan , Terengganu dan Kedah sudah jelas menunjukkan orang-orang melayu menolak UMNO. Usahlah berbangga wahai pemimpin UMNO, kerana anda menang kerana sokongan orang cina.

    Kesimpulan: Masa depan UMNO adalah gelap. Orang-orang melayu generasi lama akan meninggal dunia.
Generasi baru akan menyertai PAS atau keADILan. UMNO pun akan  berkubur.