Make your own free website on Tripod.com

BIOGRAFI
TIMBALAN PRESIDEN PAS

Dipetik daripada Mimbar 98

Haji Abdul Hadi bin Haji Awang adalah anak jati Kampung Rusila, Marang,Terengganu, dilahirkan bulan Zulhijjah 1366 bersamaan 20 Oktober 1947 merupakan seorang pemimpin yang sentiasa mendekati rakyat terutamanya kaum petani dan para nelayan.Berbekalkan ilmu agama yang telah disemai dalam jiwanya sejak kecil lagi, beliau telah menjadi insan yang dihormati dan disegani terutama di persadapolitik tanah air mahupun antarabangsa.



LATAR BELAKANG KELUARGA

Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Hj. Awang merupakan anak ke-5 daripada 9 orang beradik tetapi 4 daripadanya telah meninggal dunia. Ayahandanya, Hj. Awang Mohamad bin Abd Rahman manakala bonda beliau Hajjah Aminah Yusuf.
Kedua-duanya telah meninggal dunia.Ayahanda beliau merupakan Tok Guru di kampung Rusila begitu juga dengan bondanya menjadi tempat rujukan dan tumpuan masyarakat terutama dalam hal-hal berkaitan agama.Ayah dan bonda

beliau merupakan anak jati di kampung Rusila tempatTuan Guru Hj. Abdul Hadi tinggal sekarang Tuan Guru Hi.Abdul Hadi telah mendirikan rumahtangga dengan Zainab Awang Ngah pada tahun 1976, manakala perkahwinan beliau yang kedua pada tahun 1991 dengan Dr. Norzita.Taat berasal Negeri Sembilan. Hasil perkahwinan beliau dengan kedua-dua isterinya telah dikurniakan 13 orang zuriat iaitu 11 dari isteri pertama dan 2 dari isteri kedua.

PENDIDIKAN

Tuan Guru Hj.Abd H,adi mendapat pendidikan awal dari ayahandanya tahun 1955, seterusnya di Sekolah Rendah Rusila. Tahun 1961. Beliau meneruskan pengajian di Sekolah Arab, Marang selama 5 tahun.Dari tahun 1965 hingga 1968 beliau mendapat peiuang melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Ugama Sultan Zainal Abidin, K.Terengganu. Tuan GuruHj. Abd Hadi meneruskan pengajian di Universiti Islam Madinah dii peringkat Ijazah Pertama dengan tajaan biasiswa oleh kerajaan Arab Saudi.Kemudian melanjutkan pengajian pada tahun 1974 hingga 1976 untuk peringkat Sarjana Siasah Syariah (MA) dari universiti Al-Azhar,Mesir

Tuan Guru Hj.Abdul Hadi pernah memegang jawatan Pegawai Yayasan Islam Terengganu dari tahun 1977 hingga 1978.Pada tahun yang sama itu juga beliau diamanahkan sebagai Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kuala Terengganu.

PENGLIBATAN DALAM P0LITIK TEMPATAN

Tuan Guru Hj.Abdul Hadi melibatkan, diri dalam arena politik sejak 1964 sewaktu masih menuntut lagi.Beliau pernah menjadi Setiausaha PAS, Cawangan Kg. Rusila sehingga tahun 1969. Selepas balik dari luar negara tahun 1976, beliau telah memegang jawatan Ketua Pemuda PAS Terengganu, kemudian pada 1977 menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.Tahun 1983 dilantik menjadi Naib Presiden PAS, Apabila Dato' Hj. Fadzil Mohd Noor dilantik menjadiPresiden PAS, Tuan Guru Hj. Abdul Hadi dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS hingga sekarang.

Sebelum itu pada pilihanraya 1978, di Dun Marang, beliau kalah dengan 64 undi sahaja kepada calon Barisan Nasional, Tengku Zahid. Bagaimanapun pada pilihan raya 1982 Tuan Guru Hj. Abdul Hadi dapat mengalahkan Tengku Zahid dengan majoriti 320 undi.Pada tahun 1986, beliau menang sekali lagi di DUN Rhu Rendang tetapi kalah di Parlimen Marang. Beliau kemudiannya berjaya menang di DUN dan Parlimen yang sama pada pilihan raya 1990 dan 1995.

PENGLIBATAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Pada tahun 1994,Tuan Guru Hi.Abdul Hadi dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Penyelaras Gerakan Islam yang berpusat di Istanbul, Turki.Menjadi AJK penyelaras gabungan parti-parti politik yang menangani isu Pa1estinberpusat di Amman, Jordan.Tahun 1990, menjadi, Majmak Takrik Mazhab Islami yang berpusat di Tehran, Iran.Beliau juga menyertai rombongan parti-parti Islam ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dipimpin oleh Dr. Najmuddin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki pada tahun 1990 dalam usaha untuk menyelesaikan krisis Telok.Rombongan ini berbincang dengan Setiausaha Agung PBB ketika itu, Butros-Butros Ghali.

Walaupun Tuan Guru Hj. Abdul Hadi merupakan seorang ahli Parlimen, tetapi beliau tetap memberikan khidmatnya kepada penduduk Kampung Rusila khususnya memberi kuliah, ceramah seterusnya menjadi pakar rujuk dalam bab-bab agama.

KEGIATAN LUAR

Hobinya suka memancing, menjala dan menaiki bot tidak pernah dilupakan. Beliau juga gemar ke laut untuk menikmati keindahan alam. Kebijaksanaan Tuan Guru Hj.Abdul Hadi membahagikan masa antara tugas sebagai wakil rakyat, pendakwah, ayah dan suami menyebabkan beliau amat disenangi oleh seluruh rakyat khususnya pengundi di Marang.

Tanggungjawab Tuan Guru Hj. Abdul Hadi untuk memberi ilmu dan nasihat kepada rakyatnya, tidak pernah diabaikan walaupun beliau sibuk dengan tugas resminya diDUN dan Parlimen.Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad merupakan masa beliau menyampaikan ilmu kepada rakyat.Gelaran Yang Berhormat tidak sedikitpun menjejaskan imejnya untuk turun ke sungai memancing dan menjala ikan, serta memelihara kuda yang disayangi.

Semuanya ini menjadi hobi Tuan Guru sebelum menjadi wakil rakyat lagi.Pendek kata kewibawaan, keilmuan, kesufian, serta sifat tawadhuknya meletakkan Tuan Guru amat disenangi rakyat dan merupakan seorang pemimpin yang wajar dicontohi dan memang ditunggu-tunggu untuk membawa perubahan kepada negara ini.