Siri 1
SIRI PENGURUSAN JAMAAH
Oleh : Tok Ayah


PERASAAN DARI DALAM DIRI

        Perasaan, apa jua keadaannya, suka duka atau seronak, murung, semuanya datang dari dalam diri kita sendiri. Jadi apa jua keadaan sekeliling kita, dimana atau bagaimana kita bekerja, semua datang dari diri kita sendiri (begin from within). Perasaan dari dalam ini pula mempengaruhi sikap, reaksi kita dan seterusnya mempengaruhi dan memberi kesan kepada enviromen, termasuklah manusia sekelilingnya. 

        Dalam gerakan berjamaah, kita selalunya diberi amanah untuk memikul sesuatu tanggungjawab bersesuaian dengan keupayaan kita. Kadang-kala dalam melakukan sesuatu kerja jamaah, belum lagi kita berhadapan dengan orang-orang lain dalam urusan kita, kita telah menghadapi tekanan dari dalam diri kita. Tekanan ini kadang-kalanya menyebabkan kita tidak dapat melaksanakan sesuatu tanggung- jawab itu dengan lebih baik.

        Dalam mengolah soal pengurusan, pada siri pertama ini suka saya membawa kepada sababat andai mengenai pengurusan dari dalam diri kita (buka soal hati dan amalan) tetapi dari segi emosi dan
sosial.

Perasaan dari dalam diri (The Feeling From Within) 
    
        Banyak orang kata "love, care dan concern" mempengaruhi perasaan kita. Kita mudah terasa 
seronok bila kita mempunyai perasaan sayang (love), disayangi atau dikelilingi oleh orang yang
menyayangi kita. Kita selalu diambil berat dan beri perhatian oleh rakan sekerja. Sebab itu dalam Jamaah perkara seperti inilah yang patut kita bina sebelum kita memulakan sesuatu kerja atau tanggungjawab.
Kita mesti bina suatu situasi yang mana ahli jawatankuasa dalam kerja berjamaah itu mempunyai
perasaan sayang, menyayangi dan mengambil berat (prihati) terhadap ahli-ahlinya. 

        Sepanjang saya bekerja dalam organasasi PAS kawasan Dungun ini banyak perkara soal-soal begini tidak begitu diambil berat. Akhirnya kerja yang dilakukan dirasai sebagai suatu beban dan
kita selalu menyalahkan orang lain jika ada masalah dalam kerja-kerja tersebut.

Mengetahui Nilai atau maruah diri

        Mengetahui Nilai atau maruah diri dalam organasasi kerja boleh mempengaruhi keseronokan kita
bekerja. Mengetahui nilai diri boleh menjadikan seseorang itu rasa dirinya penting dalam organasasi kerja. Jarang atau tidak ramai dikalangan kita menilai "our self-worth". "value our profession" dan kemudiannya merasakan kerja itu sebagai suatu keseronokan. Apa sekali pun kerja kita dalam organasasi jamaah, hatta sebagai seorang penampal poster ceramah pun kita mesti rasa kita adalah penting, sekiranya poster tidak ditampal maka ada kemungkinan sesuatu ceramah besar pun tidak akan mencapai sasaran seperti yang dijangkakan.Itu belum lagi kita membahaskan tentang ganjaran disisi Allah s.w.t, sikap amanah serta bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja.

        Saya selalu melihat ada dikalangan ahli-ahli jamaah kita bila diberi platistik (supek) kutip 
derma ceramah pun mereka menolak dan merasakan kerja itu suatu yang "low standard" dan saya 
merasakan bahawa mereka ini tidak tahu apa seberananya nilai dan maruah diri dalam diri sendiri. Kerja kutip derma bukannya suatu yang tak bermaruah !.

Bersambung...Siri 2