Make your own free website on Tripod.com

PERHIMPUNAN

AGUNG KHAS UMNO

- MENJAGA MARUAH PARTI ATAU MENJAGA PERIUK NASI MAHATHIR ?

Perhimpunan Agung Khas UMNO yang telah diadakan pada 13 Mei lalu yang dihadiri oleh 1,900 perwakilan dari 165 bahagian termasuk 41 anggota Majlis Tertinggi, 30 Perwakilan Pemuda dan 29 wakil Wanita untuk membahaskan 15 perkara pindaan terhadap perlembagaan parti.

Naib Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan usul pindaan perlembagaan UMNO pada pukul 11 pagi manakala penggulungan dibuat oleh seorang lagi Naib Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pembahagian terpaksa dibuat agar UMNO tidak berpecah lagi kerana perebutan kuasa apabila Dr. Mahathir tiada atau terjadi apa-apa ?

Pindaan pelembagaan terakhir telah dibuat pada tahun 1990an sebelum perhimpunan agung tahun 1993 dalam usaha membenteras politik wang tetapi usaha ini gagal kerana sikap tamak dan halaba dikalangan pimpinan UMNO.

Sistem peratusan akan menggantikan undi bonus yang mula digunakan pada pemilihan parti 1993. Sistem itu mencadangkan sekurang-kurangnya 30 peratus pencalonan bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden (20 peratus), Naib Presiden (10 peratus) dan anggota Majlis Tertinggi (5 peratus) daripada keseluruhan 185 bahagian dalam UMNO. Yang mana semuanya tidak difahami oleh perwakilan tetapi ada udang disebalik batu dengan tiba-tiba perlembagaan perlu dipinda. Semuanya mengikut telunjuk Dr. Mahathir, orang paling berkuasa di Malaysia.

Dr. Mahathir juga tetap dengan pegangannya tanpa mengambil kira pandangan ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam soal pengganti Jawatan Timbalan. Ini satu contoh keangkuhannya...tapi orang UMNO masih boleh diperbodohkan. *

CIKGU BRAHIM MENYALAHGUNA KUASA

16 Mei - Pekerja-perkerja JKR telah dipaksa untuk untuk memperbaiki jalanraya dihadapan rumah Y.B. Cikgu Ibrahim sehingga maghrib. Beberapa orang dikalangan mereka merasa tidak puas hati kerana terpaksa memperbaiki jalan raya yang telah elok sehingga melepasi waktu maghrib. Pihak atasan JKR yang telah dihubungi tidak mengetahui perkara ini.

Pihak Risalah Pemuda merasa kesal kerana sebahagian jalan raya dikawasan lain masih lagi tidak elok dan `berseluk' tidak diperbaiki tetapi jalan raya dihadapan rumah Cikgu Brahim sentiasa dibaik pulih. * RISALAH pemuda TERBITAN RINGAN

RIASALAH PEMUDA diterbit- kan untuk pembacaan yang lebih ringan dan juga berbentuk Penerangan serta memberi sedikit ilmu (dalam ertikata dakwah). Ketua Lajnah Penerangan ketika dihubungi memberitahu bahawa banyak maklumat berbentuk berita boleh disampaikan melalui Risalah Pemuda ini.

Sebarang komen, berita atau artikel bolehlah dihantar kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun melalui alamat Lot 3672, Tingkat 2, Bangunan PAS Kawasan Dungun, Kg. Pak Sabah, 23000 Dungun, Terengganu. atau melalui E-mail dppkd@hotmail.com

KISAH DATO' IBRAHIM ALI MENDAPAT PANTUN

Lumut, Jumaat 18 Dis. Wartawan Reformasi Nasional yang baru pulang dari Lumut melaporkan pada bulan lalu YB Dato' Ibrahim Ali telah pergi ke sana untuk menyampaikan ceramah berkenaan isu-isu semasa di dalam suatu majlis penerangan UMNO. Kebanyakan mereka yang hadir adalah kakitangan KEMAS, itupun tidak sampai 60 orang sahaja. Sewaktu YB Dato' Ibrahim Ali sedang berceramah, salah seorang daripada hadirin mengedarkan kertas yang berisikan pantun-pantun mengejek beliau dengan tajuk "LOMPAT SI KATAK LOMPAT". Malah beliau sendiri turut diberikan satu salinan. – RN

Beristigfarlah..

Sebelum dosa bertambah.

Yunus bin Ubaid dari Al-Hasan berkata bahawa Rasulullah s.a.w. talah bersabda, "Setiap anak Adam itu akan dijaga oleh dua orang malaikat, dan malaikat yang sebelah kanan itu lebih berkuasa dari yang disebalah kiri".Kalau seseorang anak Adam itu membuat dosa maka malaikat yang disebelah kiri akan bertanya kepada malaikat yang disebelah kanan, "Apakah yang harus aku catat ?" Maka berkata malaikat yang sebelah kanan, "Jangan kamu catat dosanya sehingga ia melakukan 5 dosa". Kemudian bertanya malaikat yang disebelah kiri lagi, "Kalau dia telah melakukan 5 dosa, apakah yang harus aku catatkan ?". Berkata malaikat yang sebelah kanan, "Biarkan sehingga dia membuat kebaikan, sebab kami telah diberitahu bahawa satu hasanat kebaikan dapat sepuluh kali ganda. Oleh itu kita hapuskan 5 sebagai imbangan dari dosa yang 5 dan kami catatkan hanya 5 hasanat." Apabila syaitan mendengar yang demikian, maka dia pun menjeritlah sambil berkata, "Kalau macam ini bilakah aku dapat menjerumuskan anak Adam". *

TAPES MESYUARAT MT UMNO

Sebenarnya dua lagi tape memang wujud dan berada di black market. Dua tape yang terakhir ini dengan jelas mencemarkan imej Mahathir, UMNO dan MT. Tape ini mengandungi pergaduhan dan perkelahian di antara mereka sesama sendiri kerana kebanyakan mereka tidak bersetuju dengan cara pemecatan DSAI. Di antaranya ada pergaduhan di antara Muhyiddin dan Rafidah yang kemudiannya ditengking Mahathir dan bermacam-macam lagi.

Sebenarnya tape ini akan mendedahkan siapa sebenarnya Mahathir dan bukan DSAI sebagaimana yang dituduhnya. Ramai ahli MT yang cabut pergi ke tandas semasa perbincangan yang kemudiannya ditengking Mahathir supaya kembali ke mesyuarat. Sudah jelas mereka tidak mahu dan tidak akan release tape tersebut yang kononnya tak jadi sebab menghina mahkamah. Ini sudah memang dijangka dan merupakan gimik mereka yang semua orang sudah faham. Sila dapatkan 2 keset-keset tersebut.

- A. Hasan

JAMUAN MAKAN MALAM

MTD DUN SURA

BICARA KES ANWAR

SOROTAN SEMINGGU.........